Posts

Showing posts from May, 2019

15.0 DESCRIBE SEORANG AHLI DARI KELAS ANDA

FAIZ AZMAN Nama seorang yang ingin saya 'describe' ialah Faiz Azman. Saya tertarik dengannya di dalam kelas semasa kumpulan Faiz membuat perbentangan dimana semasa pengenalan diri, saya amat tertarik dengan cerita dan perjalanan beliau menerima tawaran di UPSI. Faiz Azman merupakan pelajar semester 4, dari program ISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Pada mulanya saya rasa kelakar kerana muka seperti dia tidak sesuai untuk program tersebut. Rupanya ada cerita disebaliknya yang membuatkan kami semua tergelak dan terharu pun ada. Faiz Azman berminat dalam sukan. Semasa mengisi permohonan UPU Online, Faiz Azman telah memilih 7 pilihan daripada 8 pilihan yang ditawarkan dan dia mengosongkan satu pilihan tersebut untuk dipilih oleh ibunya. Jadi, pilihan ibunya adalah Pendiidkan Awal Kanak-Kanak. Apabila keputusan UPU keluar, didapati Faiz mendapat tawaran yang dipilih ibunya. Semasa itu, saya tak tahu nak gelak atau kesian dlu, tapi saya gelak dulu.. Sungguh power ye piliha...

14.0 PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Image
BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Melalui keratan akhbar diatas, kejadian yang berlaku di Shah Alam dimana sebanyak 50 tangkapan dilakukan polis antara Januari dan Oktober tahun 2017 membabitkan pembabitan remaja dengan penyalahgunaan dadah. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor bahawa sebahagian besar remaja yang ditahan adalah remaja yang masih bersekolah berusia 15 hingga 17 tahun. Beliau juga berkata: “Daripada jumlah tangkapan berkenaan 25 terbabit syabu, ganja (17), air ketum (6) dan 2 tangkapan membabitkan heroin.” Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata: “Di peringkat sekolah terdapat unit bimbingan dan kaunseling yang betanggungjawab menyediakan program khidmat bantu untuk pelajar yang bermasalah. Tindakan gantung atau buang sekolah bergantung kepada kesalahan yang dilakukan pelajar. Jika kesalahan yang dilakukan berulang serta serius mereka boleh dikenakan tindakan berkenaan. ” Pelbagai inisiatif dijala...

13.0 PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

Image
BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad society ”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah...

12.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Image
BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA Melalui akhbar ini, jelas bahawa kerajaan amat menitikberatkan akademik terhadap orang kurang upaya. Buktinya, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan usaha menaik taraf sekolah di seluruh negara secara berperingkat supaya lebih mesra Orang Kurang Upaya (OKU).  Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata kementerian akan menyediakan peruntukan RM200,000 bagi setiap sekolah. Bantuan termasuk sekolah harian biasa terletak di kawasan bandar atau luar bandar mahupun sekolah pendidikan khas. Menurutnya, buat masa ini terdapat 82,000 murid dan pelajar OKU yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI) atau di sekolah pendidikan khas.“Daripada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara, hanya lebih 1,000 adalah mesra OKU.  Kemudahan berkenaan perlu diwujudkan di setiap sekolah, tambahan pula mulai tahun depan, dasar sifar penolakan permohonan kemasukan ke sekolah bagi murid berkepe...

11.0 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Isu berkaitan hubungan etnik perlu diselesaikan dan ia perlu kepada sistem pendidikan satu aliran sebagaimana yang dilaksanakan negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.  Sistem persekolahan perlu menjadi hanya satu aliran, di mana-mana tempat pun di dunia, sistem inilah yang digunapakai untuk menyatu padu anak bangsa dan menghasilkan produk yang sama identitinya.  Tambahan lagi, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara.  Ia sangat tidak kena kerana sebagai warga negara yang tidak menguasai bahasa negara apakah ertinya kerakyatan yang dipegang? Ini masalah yang sangat serius dalam negara tetapi ia tidak disebut oleh orang politik atas beberapa sebab. DEFINISI BUDAYA Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil ti...

10.0 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Image
BAB10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan   bertindak. SURAT PEKELILING IKHTISAS.       Bilik Perkhidmatan Panduan Pelajaran Dan Kerjaya 5 ( 76 )      Garis Panduan Sistem Bimbingan Taulan 3 ( 07 )     Jawatankuasa Bencana Di Peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah. 9 ( 09 ) SURAT SIARAN KPM. Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian ...

9.0 PENGURUSAN DISIPLIN

Image
BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN Ini had hukuman guru pada murid mengikut undang-undang anda perlu tahu Ini merupakan penjelasan yang lebih terperinci megenai kuasa guru untuk memberikan hukuman kepada pelajar, jenis-jenis kesalahan yang patut diberikan mengikut kategori kesalahan tersebut. Kuasa guru yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman terhadap murid. Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk memberi pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan. Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut...

8.0 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Image
BAB 8 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN Jere Brophy dalam rencananya yang bertajuk Educating Teachers About Managing Classroom and student dalam International Journal of Research and studies (1998) telah menghuraikannya seperti berikut: "Classroom management refers to actions taken to create and maintain a leaving environmental condusive to attainment of the goals of instruction, (arranging the physical environment of the classroom, establishing rules and procedures, maintaining attention to lessons and engagement in academic activities."   KONSEP BILIK DARJAH DAHULU Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah. Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. SEKARANG Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajara...